Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 6 September 2014

Tundukkan Playboy Itu (TEASER 2)


MOGOK LAGI... HAHA

    --------------

Nurin lancarkan mogok dengan Harraz. Harraz ajak keluar makan pun taknak. Protes sebab Harraz tak izinkan dia pergi. Harraz pilih kasih. Mentang-mentang ni syarikat dia, mentang-mentang Nurin ni isteri dia, sesuka hati dia je nak potong-potong nama orang.

“Sayang..” panggil Harraz.

Nurin buat tak dengar. Menonong berjalan macam orang pekak.

Dah mula dah si Nurin ni ajak dia main kejar-kejar! Harraz berlari anak kejar Nurin.

“Sayang!” Tangan Nurin ditarik supaya berhenti.

Nurin berhenti. Tapi cuma diam. Sungguh takde mood nak layan Harraz.

Harraz pandang Nurin. Muka Nurin tak ceria langsung. Dari pagi tadi lagi rasanya Nurin layan dia acuh tak acuh. Marah ke? Merajuk ke? Harraz tahu Nurin merajuk dengannya pasal namanya dibuang dari senarai yang akan membuat lawatan ke Auckland.

“Sayang.. kenapa ni? Hmm?” lembut Harraz bertanya. Dagu Nurin diangkat sedikit supaya memandangnya.

“Hish.. kita kat pejabat la. Jangan nak over sangat.” Nurin tepis tangan Harraz. Kemudian jarak antara mereka ditambah. Dia taknak ada orang nampak dia dan Harraz berdrama kat tengah-tengah laluan ke tandas ni.

Kali ni, drama episod 2.

“Kalau macam tu, jom kita masuk bilik abang.”

“Taknak la. Buat apa? Rin banyak kerja.” Nurin enggan. Hati tak berapa nak rela untuk bersemuka dengan Harraz sekarang ni. Nak merajuk!

Come with me, sayang. Amaran abang sama macam dulu, Rin. Come, or else a passionate kiss on your lips?”

Gulp! Déjà vu yang tak berapa nak déjà vu.

“Abang takkan berani. Kita kat pejabat.”

Who cares? Let them see how much I love my wife. Kat pejabat pun boleh. Kita dah halal. Jangan ingat abang tak berani.” Harraz merapatkan jarak mereka.

Huh.. I hate you!”

Laju kaki Nurin berpatah balik. Pergi bilik Harraz.

Harraz turut senyum sebelum turut berlari mengejar langkah Nurin. Nurin ni memanglah. Kalau dah marah tu, jalan macam pakai bateri turbo kat kaki.

    ---------------

Masam muka Nurin bila dia duduk berdua dengan Harraz dalam bilik tu.

Don’t show me that face, Nurin. Tak baik tahu tunjuk muka macam tu kat suami. Berdosa,” tegur Harraz lembut.

Kena atas batang hidung! Sentap juga Nurin. Tapi apa yang dikatakan Harraz memang betul. Cepat-cepat Nurin beristighfar. Berdosa dia buat macam tu kat Harraz.

Nurin tarik nafas dalam-dalam. Istighfar banyak-banyak untuk mengelakkan hati dari terus dihasut syaitan. Muka Nurin berubah tenang beberapa saat selepas itu.

“Rin tahu tak bila kita senyum, kita cuma guna 17 otot muka. Tapi kalau muka berkerut, kita memerlukan 43 otot muka. Penat tahu otot muka kalau kerja banyak-banyak. Nanti cepat tua. Abang taknak isteri abang cepat tua. So, smile, okay?”

Entah apa-apa suami dia ni. Sempat turunkan petua awet muda pulak tu. Kemudian Nurin senyum tak berapa ikhlas kat Harraz.

See.. I’m smiling.”

Harraz senyum sendiri dengan karenah Nurin. Tahu Nurin tak ikhlas. Satu perkara yang dia suka tentang Nurin. Nurin cepat terima teguran daripadanya. Nurin pasti akan cepat-cepat betulkan bila apa yang dikatanya betul.

“Abang tahu Rin marah abang sebab remove nama Rin dari list yang nak ke Auckland tu kan?” teka Harraz.

“Memang pun. Kecewa tahu tak? Rin dah lama nak pergi sana. Bila lagi nak pergi kalau bukan sebab kerja? Dulu abang juga yang cadangkan nama Rin untuk pergi. Tapi sekarang, kenapa abang tiba-tiba berubah fikiran?”

“Abang taknak Rin tinggalkan abang sorang-sorang. Nanti abang rindu.”

Huh! Alasan tak logik! Tak matang langsung. Sebab peribadi, Harraz buat semua ni? Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab dah ni memang syarikat dia. Suka hati dialah.

“Tak patut campurkan hal peribadi masa kerja. Tak professional langsung!” bidas Nurin geram.

Harraz ketawa. Ya, dia mengaku kali ni dia terikutkan hal peribadi. Yang dia tahu, dia memang taknak Nurin berjauhan dengannya. Dia akan rindukan Nurin nanti.

“Kita baru je kahwin, Nurin. Macam mana abang nak lepaskan Rin pergi sana? Sah-sahlah abang akan rindu Rin nanti. Siapa nak jaga abang? Siapa yang nak siapkan makan minum abang? Siapa nak siapkan pakaian abang? Rin tak kesiankan abang ke?” Harraz dah mula karang ayat sedih.

Terdiam Nurin. Hati terus sejuk. Dia pun nanti mesti akan rindukan Harraz juga. Sedikit-sebanyak apa yang dikatakan Harraz itu ada benarnya.

“Rin pun nanti, takkan tak rindukan abang kut? Siapa Rin nak peluk masa tidur? Siapa nak peluk Rin kalau ada kilat atau guruh? Tak pasal-pasal Rin demam sebab rindukan abang,” usik Harraz.

Kembang rasa muka Nurin. Harraz macam tahu apa dalam kepalanya.

Sorry, sayang. Sebab abang terpaksa remove nama Rin walaupun abang tahu Rin nak sangat ke sana.” Harraz minta maaf.

“Dahlah, abang. Rin dah tak marah dah. Serius. See.. I’m smiling.” Nurin senyum lebar. Kali ni memang ikhlas. Harraz ketawa.

“Dah takde rezeki kut. Nak buat macam mana? Lain kali boleh pergi. Kalau ada rezeki.” Terkilan tapi taknak menyesal.

“Rin sambung buat kerja dulu, bang. Terima kasih sebab dah selamatkan Rin dari penyakit rindukan Harraz Naufal yang kronik.” Sempat Nurin bergurau.

Harraz geleng-geleng kepala dengan kerenah Nurin. Ada je idea si Nurin ni. Yang membuatkannya tercuit hati dan yang pasti dia sangat bahagia.

     ---------------------

Pagi itu, pukul sembilan pagi baru Nurin bangun dari tidur. Lepas solat subuh tadi, Nurin terus sambung tidur. Bila lagi nak sambung tidur kalau bukan hujung minggu macam ni?

Nurin pandang sekeliling bilik tidurnya itu. Tiada sesiapa melainkan dia seorang. Mana Harraz? Kat dapur? Atau dah keluar dah? Harraz ni memang. Pantang hujung minggu, tak pernah nak lekat kat rumah. Keluar main golf dengan Datuk la, pergi gim la dan macam-macam lagi la agenda hujung minggunya. Tapi Nurin faham orang sibuk macam Harraz ni hidupnya macam mana.

Baru perasan ada sesuatu atas meja soleknya. Nampak warna merah. Apa tu? Bunga? Terus Nurin bangkit dari katil. Kaki berjalan menuju ke arah meja soleknya itu.

Ada sejambak bunga ros merah yang entah berapa kuntum. Boleh tahan besarnya. Di tengah kumpulan bunga itu, ada satu satu anak patung beruang yang comel. Haha. Macam yang dia dapat masa konvo dulu.

Kelakar pun ada rasanya. Tak payah tanya siapa yang bagi, sebab dia tahu semua ni mesti akal suami tersayang dia tu. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba bagi bunga? Sungguhlah si Harraz ni! Tak pernah dia boleh faham perangai Harraz yang tak terduga itu.

Baru Nurin perasan. Di tangan anak patung beruang yang bagaikan memeluk sesuatu tu, nampak macam ada kertas. Apa ni? Nurin capai kertas itu. Ada dua keping.

Ternganga Nurin lepas baca. Dua keping tiket penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Auckland.

Nurin capai kad sederhana besar yang diselitkan di celah-celah bunga ros itu. Mesti ada nota yang disampaikan Harraz untuknya.

To: my lovely wife. 

Impian Nurin- honeymoon di New Zealand
Impian Harraz- honeymoon dengan Nurin.
Therefore, let’s go to New Zealand. Okay, sayang? 

                                                                          With love,
                                                                    Harraz Naufal

p/s: oh.. anyway, in case someone zealously wants to hug me,
        I’m now in the mini gym…

Honeymoon ke New Zealand? Bagaikan tak percaya. Tapi, itulah yang dinyatakan Harraz. Harraz buat semua ni sebab dia ke? Terharu yang amat sangat. Sekali lagi isi kad itu dibaca. Mana tahu ada maklumat yang terlepas.

Tersenyum lagi Nurin lepas baca isi kad itu. Lebih-lebih lagi nota kaki Harraz. Harraz macam tahu-tahu betapa sekarang ni dia nak peluk lelaki itu.

Oh, abang!

Nurin terus berlari mencari Harraz.